1
00:00:06,214 --> 00:00:08,675
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:53,303 --> 00:00:57,807
TAK DIKENALI

3
00:01:02,187 --> 00:01:03,605
- Helo.
- <i>Hai</i>.

4
00:01:04,773 --> 00:01:05,940
<i>Lama menyepi.</i>

5
00:01:27,504 --> 00:01:28,630
Sedia?

6
00:01:28,713 --> 00:01:29,714
Mari mulakan!

7
00:01:35,637 --> 00:01:37,889
Mulakan apa sebenarnya?

8
00:01:42,143 --> 00:01:43,937
Mulakan era baru.

9
00:01:45,438 --> 00:01:47,440
Ramai sesama kita pernah bermusuh.

10
00:01:49,818 --> 00:01:51,027
Tapi perseteruan

11
00:01:52,529 --> 00:01:54,322
tak perlu diteruskan.

12
00:01:54,405 --> 00:01:57,951
Kejohanan All Valley
tinggal beberapa bulan lagi,

13
00:01:58,034 --> 00:02:01,830
dan tahun ini, situasinya lebih genting.

14
00:02:01,913 --> 00:02:05,792
Kita tahu Cobra Kai akan gunakan
semua helah kotor yang ada.

15
00:02:06,584 --> 00:02:08,586
Ada satu saja cara untuk tewaskan…

16
00:02:08,670 --> 00:02:12,507
Belasah cukup-cukup
sampai mereka terberak.

17
00:02:12,590 --> 00:02:14,592
Kita kena lawan habis-habisan.

18
00:02:17,178 --> 00:02:18,221
Kami akan ajar

19
00:02:18,304 --> 00:02:21,266
serangan yang lebih kuat
daripada yang Cobra Kai ada.

20
00:02:21,349 --> 00:02:22,475
Mereka serang dulu?

21
00:02:23,309 --> 00:02:24,602
Kita serang sebelumnya.

22
00:02:24,686 --> 00:02:28,273
Okey, jangan terburu-buru.
Kita akan balas gerakan mereka.

23
00:02:28,356 --> 00:02:30,066
Helang tak bertindak balas.

24
00:02:30,150 --> 00:02:32,485
Helang sambar apa saja yang ia mahu.

25
00:02:32,569 --> 00:02:35,155
Itu yang kita akan buat.
Takluk semula Valley.

26
00:02:35,238 --> 00:02:39,284
Takluk semula
dengan strategi yang teratur.

27
00:02:39,367 --> 00:02:40,243
Cengkam dulu!

28
00:02:42,704 --> 00:02:45,623
Okey, mari buat senaman panaskan badan.

29
00:02:45,707 --> 00:02:46,624
Okey, berbaris!

30
00:02:52,380 --> 00:02:54,048
Tarik nafas dan ikut saya.

31
00:02:58,136 --> 00:02:59,387
Posisi berlawan!

32
00:02:59,971 --> 00:03:01,347
Kaki kanan di belakang.

33
00:03:01,848 --> 00:03:03,391
Tendangan depan sedia…

34
00:03:04,475 --> 00:03:05,894
Alamak. Maafkan aku.

35
00:03:08,104 --> 00:03:09,314
Sedia. Lawan!

36
00:03:10,190 --> 00:03:11,816
{\an8}Itu dia. Sasarkan gigi!

37
00:03:11,900 --> 00:03:14,194
{\an8}Hei. Kamu cuma saling memukul.

38
00:03:14,777 --> 00:03:16,070
{\an8}Kau tak ajar pertahanan?

39
00:03:16,154 --> 00:03:17,530
{\an8}Bertahan melalui serangan.

40
00:03:19,240 --> 00:03:20,074
{\an8}Gila…

41
00:03:21,492 --> 00:03:23,453
{\an8}Kenapa ada batu di tengah-tengah <i>dojo</i>?

42
00:03:23,536 --> 00:03:24,370
{\an8}Lawan!

43
00:03:28,750 --> 00:03:30,752
{\an8}Itu dia. Teruskan pusing.

44
00:03:32,879 --> 00:03:33,922
{\an8}Jangan menanti.

45
00:03:34,631 --> 00:03:35,673
{\an8}Fokus.

46
00:03:35,757 --> 00:03:38,051
{\an8}Bertindaklah. Apa jadahnya begini saja?

47
00:03:38,134 --> 00:03:40,887
{\an8}Ya, bukan begini.
Salah seorang perlu diprovok.

48
00:03:41,971 --> 00:03:44,599
{\an8}- Hei!
- Dah rasa diprovok?

49
00:03:44,682 --> 00:03:46,351
{\an8}Sapu lilin, buang lilin.

50
00:03:46,434 --> 00:03:48,937
{\an8}Tak kiralah berapa kali kamu dah buat.

51
00:03:49,020 --> 00:03:51,898
{\an8}Kamu perlu sentiasa mengulang yang asas.

52
00:03:51,981 --> 00:03:53,316
{\an8}Betul, buat elok-elok.

53
00:03:53,858 --> 00:03:55,944
{\an8}Saya nak ia nampak macam baru.

54
00:03:56,527 --> 00:03:58,321
{\an8}Keluarkan semua tin.

55
00:03:58,404 --> 00:04:00,740
{\an8}Syiling yang bersepah itu saya punya.

56
00:04:04,827 --> 00:04:07,038
{\an8}Ayuh, semua! Cepat!

57
00:04:07,121 --> 00:04:08,331
{\an8}Bagus!

58
00:04:11,125 --> 00:04:13,378
{\an8}- Ya, kamu boleh!
- Johnny, tolonglah.

59
00:04:13,461 --> 00:04:15,964
{\an8}- Kita disaman nanti.
- Disaman sebab apa?

60
00:04:16,047 --> 00:04:18,508
{\an8}Aduhai. Saya rasa nak muntah.

61
00:04:18,591 --> 00:04:21,928
{\an8}- Ayuh! Teruskan bergerak!
- Tidak, bukan bot itu!

62
00:04:23,012 --> 00:04:24,138
{\an8}Bukan bot itu!

63
00:04:24,222 --> 00:04:25,056
{\an8}Lawan!

64
00:04:34,857 --> 00:04:35,775
{\an8}Alamak.

65
00:04:37,777 --> 00:04:41,281
{\an8}Sebab inilah kita tak bertumbuk di sini.

66
00:04:41,364 --> 00:04:42,865
{\an8}Baik, siapa seterusnya?

67
00:04:56,337 --> 00:05:00,883
{\an8}Tengok sajalah. Aku masuk ASU nanti,
beratur perempuan terliur dengan aku.

68
00:05:02,468 --> 00:05:04,554
{\an8}Ayah aku nak aku masuk Harvard.

69
00:05:04,637 --> 00:05:06,764
{\an8}ASU macam Harvard bagi pantai barat.

70
00:05:06,848 --> 00:05:08,266
{\an8}Kamu semua menyedihkan.

71
00:05:08,349 --> 00:05:10,643
{\an8}Kita tentu dah menang
kalau semua buat betul-betul.

72
00:05:10,727 --> 00:05:12,603
{\an8}Apa-apalah. Hawk berpaling tadah.

73
00:05:12,687 --> 00:05:15,940
{\an8}Ya, Miguel yang baru boleh jalan pun
kalahkan kau.

74
00:05:16,024 --> 00:05:20,028
{\an8}Setidak-tidaknya, aku masih di sini.
Separuh dah keluar.

75
00:05:22,697 --> 00:05:24,198
{\an8}Tengok siapa datang.

76
00:05:28,244 --> 00:05:31,956
{\an8}Si bengap itu tak berlatih pun
masih kekal? Aku tak faham.

77
00:05:37,879 --> 00:05:38,796
{\an8}Kamu lewat.

78
00:05:40,214 --> 00:05:41,674
{\an8}Saya bukan nak berlatih.

79
00:05:41,758 --> 00:05:43,384
{\an8}Kalau nak jadi Cobra Kai…

80
00:05:43,468 --> 00:05:46,721
{\an8}Saya tak kata nak sertai.
Saya nak tempat berteduh.

81
00:05:46,804 --> 00:05:49,015
{\an8}Duduklah selama mana kamu mahu.

82
00:05:53,519 --> 00:05:56,064
{\an8}Rasanya, ini tak patut berlaku.

83
00:05:57,148 --> 00:05:59,984
{\an8}Memang Cobra Kai bantu
semasa saya dibelasah dulu

84
00:06:00,068 --> 00:06:03,863
{\an8}tapi saya bukan alat pertaruhan
pak cik, ayah saya dan En. LaRusso.

85
00:06:05,448 --> 00:06:07,367
{\an8}Saya tak anggap kamu begitu.

86
00:06:09,035 --> 00:06:10,578
{\an8}Kamu umpama raja.

87
00:06:11,954 --> 00:06:15,833
{\an8}Ayah kamu sangat berbakat
tapi dia sia-siakan bakatnya.

88
00:06:15,917 --> 00:06:18,669
{\an8}Saya beri dia peluang untuk kembali

89
00:06:20,421 --> 00:06:21,631
{\an8}tapi dia pilih Diaz.

90
00:06:23,007 --> 00:06:25,468
{\an8}Dan kamu dibiarkan hingga dahi bertanda.

91
00:06:26,052 --> 00:06:29,263
{\an8}Percayalah, kamu lebih berbakat
daripada ayah kamu.

92
00:06:31,099 --> 00:06:32,934
{\an8}Kamu cuma perlu serlahkannya.

93
00:06:33,518 --> 00:06:36,604
{\an8}Setelah semua ini,
pak cik rasa saya pedulikan piala?

94
00:06:36,687 --> 00:06:37,939
{\an8}Ini bukan soal piala,

95
00:06:39,399 --> 00:06:41,067
{\an8}tapi soal menjadi juara.

96
00:06:41,567 --> 00:06:42,860
{\an8}Menang atau kalah,

97
00:06:42,944 --> 00:06:46,114
{\an8}reputasi itu akan kekal sepanjang hayat.

98
00:06:46,906 --> 00:06:48,574
{\an8}Tanya ayah kamu dan LaRusso.

99
00:06:51,327 --> 00:06:52,286
{\an8}Ya, nampaknya,

100
00:06:52,787 --> 00:06:55,456
{\an8}mereka dah boleh menang
sebab dah bergabung.

101
00:06:58,209 --> 00:07:00,420
{\an8}Bukan mereka saja bergabung.

102
00:07:08,511 --> 00:07:09,512
Tak guna!

103
00:07:14,225 --> 00:07:17,520
Maaf. Saya masih membiasakan diri
dengan kod ini.

104
00:07:18,020 --> 00:07:19,689
Penggera baru ini teruk.

105
00:07:19,772 --> 00:07:22,400
Ibu patut pasang yang boleh cam muka.

106
00:07:22,483 --> 00:07:24,110
Hai, saya Amanda LaRusso.

107
00:07:24,902 --> 00:07:26,362
Maaf, ia tersilap bunyi.

108
00:07:26,988 --> 00:07:28,614
Kata laluannya "<i>Outlander</i>".

109
00:07:29,115 --> 00:07:29,949
Okey.

110
00:07:34,078 --> 00:07:35,830
Saya terperangkap, Daniel.

111
00:07:37,790 --> 00:07:40,084
Saya fikir sistem baru
buat saya rasa selamat,

112
00:07:40,168 --> 00:07:42,211
sebaliknya saya rasa lebih tak tenteram.

113
00:07:43,254 --> 00:07:46,424
Budak-budak Cobra Kai itu patut dikurung.

114
00:07:46,924 --> 00:07:48,593
Terutamanya Tory si psiko.

115
00:07:48,676 --> 00:07:50,928
Dia tak patut diberi muka.

116
00:07:51,429 --> 00:07:54,223
Kalau awak nak,
kita boleh laporkan ke polis.

117
00:07:54,307 --> 00:07:55,850
Kita dah pernah laluinya.

118
00:07:56,350 --> 00:07:58,478
Sam tak harus laluinya lagi dan

119
00:07:58,978 --> 00:08:01,355
imej perniagaan kita akan terjejas lagi.

120
00:08:02,148 --> 00:08:03,816
Saya tahu keadaan ini sukar.

121
00:08:04,734 --> 00:08:07,236
Seorang budak dicampak dari tingkap kita.

122
00:08:08,237 --> 00:08:10,823
Daniel, jika awak beritahu saya
setahun lalu

123
00:08:10,907 --> 00:08:14,285
bahawa keselamatan kita
bergantung pada kemenangan karate,

124
00:08:14,368 --> 00:08:15,745
tentu saya tak percaya.

125
00:08:16,746 --> 00:08:19,499
Beginilah kita, macam dalam <i>Twilight Zone</i>.

126
00:08:19,582 --> 00:08:22,668
Percayalah. Saya pun nak
keadaan kembali normal.

127
00:08:23,753 --> 00:08:26,881
Tapi jika saya dan Johnny boleh bergabung,

128
00:08:26,964 --> 00:08:29,300
inilah peluang untuk akhiri semuanya.

129
00:08:29,884 --> 00:08:32,011
Apa cerita Kapten Helang?

130
00:08:32,094 --> 00:08:34,430
Setakat ini kami belum berhentam lagi.

131
00:08:34,514 --> 00:08:36,390
Oh. Ada kemajuan.

132
00:08:41,354 --> 00:08:44,524
Awak rasa Kreese akan tutup Cobra Kai
kalau dia kalah?

133
00:08:44,607 --> 00:08:45,816
Dia pasti kalah.

134
00:08:46,317 --> 00:08:48,653
Ada LaRusso 2.0 di pihak kita.

135
00:08:48,736 --> 00:08:51,405
Apabila dia kalah,
tak kisahlah jika dia mungkiri.

136
00:08:51,489 --> 00:08:54,992
Semua orang di Valley akan nampak
Cobra Kai tak berhasil,

137
00:08:55,076 --> 00:08:56,327
terutamanya Robby.

138
00:09:04,835 --> 00:09:06,796
Makan malam dah siap.

139
00:09:06,879 --> 00:09:10,591
Baiklah, menu utama malam ini
ialah <i>fajita</i> dan sayur panggang.

140
00:09:10,675 --> 00:09:12,426
Saya buat <i>pico de gallo</i>

141
00:09:12,510 --> 00:09:14,804
dan <i>tortilla</i> jagung dan tepung.

142
00:09:15,388 --> 00:09:18,599
Wah. Nampak macam sedap, Johnny.

143
00:09:18,683 --> 00:09:21,227
Terima kasih, saya rujuk resipi Chili's.

144
00:09:21,310 --> 00:09:22,603
Biar rasanya asli.

145
00:09:22,687 --> 00:09:24,522
Asli bagi siapa?

146
00:09:24,605 --> 00:09:27,024
Kami orang Ecuador, bukan Mexico.

147
00:09:27,108 --> 00:09:29,026
- Mak!
- Nah, cuba ini.

148
00:09:29,110 --> 00:09:30,945
Mangga pedas.

149
00:09:32,113 --> 00:09:33,823
Rasa bak di kampung halaman.

150
00:09:35,199 --> 00:09:36,158
Terima kasih.

151
00:09:36,242 --> 00:09:38,703
Bagaimana hari pertama?

152
00:09:38,786 --> 00:09:40,871
Begitulah. Hari pertama.

153
00:09:42,415 --> 00:09:43,457
Masih diusahakan.

154
00:09:44,041 --> 00:09:46,294
Saya gembira awak dan Daniel bekerjasama.

155
00:09:46,377 --> 00:09:48,212
Saya cuma nak Miggy selamat.

156
00:09:48,296 --> 00:09:51,632
Belakang saya lebih baik sekarang.
Mak tak perlu risau.

157
00:09:51,716 --> 00:09:56,012
Dia mak kamu, tentulah risau.
Jangan risau, saya jaga dia.

158
00:09:56,512 --> 00:09:57,722
Miguel, ceritalah.

159
00:09:57,805 --> 00:10:00,933
Seronokkah berkarate dengan teman wanita?

160
00:10:01,892 --> 00:10:05,646
Seronok dapat berlawan sesama sendiri?

161
00:10:06,689 --> 00:10:09,025
Mak suka kamu dan Sam bersama semula.

162
00:10:09,108 --> 00:10:10,359
Dia cantik.

163
00:10:10,443 --> 00:10:13,738
Bukan saya saja yang kembali
bersama bekas kekasih, ya?

164
00:10:14,572 --> 00:10:16,657
Sensei keluar dengan cinta hatinya.

165
00:10:17,366 --> 00:10:18,534
Cinta yang terputus?

166
00:10:20,411 --> 00:10:22,038
Yakah?

167
00:10:22,121 --> 00:10:23,497
Bukan secara romantis.

168
00:10:23,581 --> 00:10:25,207
Sensei merendah diri pula.

169
00:10:25,291 --> 00:10:26,375
Kita ambil gambar,

170
00:10:26,459 --> 00:10:29,420
buat sensei nampak kacak…
Bukan sensei tak kacak,

171
00:10:29,503 --> 00:10:32,173
cuma perlu tampak istimewa untuk si dia.

172
00:10:32,256 --> 00:10:34,467
- Ceritalah tentang susyi itu.
- Tak payahlah.

173
00:10:35,259 --> 00:10:37,345
Saya tak tahu kenapa sensei segan.

174
00:10:37,428 --> 00:10:40,389
Kami ke kedai susyi
sebab kami fikir Ali suka susyi.

175
00:10:40,473 --> 00:10:42,725
Kami pun pesan <i>dragon roll</i>…

176
00:10:50,024 --> 00:10:51,400
Bukan begitu, okey?

177
00:10:52,109 --> 00:10:55,029
- Cuma kawan lama bertanya khabar.
- Okey.

178
00:10:59,575 --> 00:11:03,287
Carmen, pada malam kejadian itu berlaku
di rumah LaRusso,

179
00:11:04,747 --> 00:11:06,082
saya nak jumpa awak…

180
00:11:06,165 --> 00:11:10,836
Johnny, rasanya lebih baik
kita tak terburu-buru.

181
00:11:10,920 --> 00:11:13,881
Dengan segala yang dah berlaku
dan sedang berlaku,

182
00:11:13,964 --> 00:11:16,384
saya rasa kita patut ambil masa.

183
00:11:19,136 --> 00:11:20,471
Awak okey begitu?

184
00:11:21,138 --> 00:11:23,516
Ya. Tentulah.

185
00:11:25,518 --> 00:11:26,519
Kita ambil masa.

186
00:11:37,697 --> 00:11:39,657
KAWASAN PERSENDIRIAN
DILARANG MENCEROBOH

187
00:12:03,222 --> 00:12:05,099
Carla, biar saya tolong.

188
00:12:05,933 --> 00:12:07,059
Beri kepada saya.

189
00:12:08,728 --> 00:12:09,770
Itu dia.

190
00:12:10,354 --> 00:12:11,856
Terima kasih, En. Silver.

191
00:12:14,859 --> 00:12:16,068
<i>Cepat cakap.</i>

192
00:12:16,152 --> 00:12:19,155
- Cakap! Cobra Kai…
- …selamanya.

193
00:12:19,238 --> 00:12:20,823
Yakinnya.

194
00:12:21,407 --> 00:12:22,533
Kau nak apa?

195
00:12:23,117 --> 00:12:25,077
Aku bukan datang untuk buat hal.

196
00:12:25,161 --> 00:12:26,579
Aku nak tanya khabar.

197
00:12:27,079 --> 00:12:28,831
Yalah, macam masa

198
00:12:30,040 --> 00:12:30,916
dulu.

199
00:12:32,168 --> 00:12:33,919
Saya minta diri sebentar.

200
00:12:35,671 --> 00:12:37,006
Semuanya okey, sayang?

201
00:12:40,050 --> 00:12:42,595
Ini John Kreese. Kawan lama.

202
00:12:42,678 --> 00:12:45,264
Kawan Terrance kawan saya juga.

203
00:12:45,765 --> 00:12:47,141
Hai, saya Cheyenne.

204
00:12:47,224 --> 00:12:48,184
Gembira bertemu.

205
00:12:49,018 --> 00:12:51,479
Jadi, Terrance,

206
00:12:51,562 --> 00:12:53,564
kau kahwin akhirnya, ya?

207
00:12:53,647 --> 00:12:56,025
Tak. Kami tak berkahwin.

208
00:12:56,108 --> 00:12:59,069
Kami selesa begini buat masa sekarang.

209
00:13:00,571 --> 00:13:03,324
Jadi, kami ada <i>hors d'oeuvres</i>. Jemputlah.

210
00:13:03,407 --> 00:13:05,242
- John cuma…
- Bagus juga.

211
00:13:05,326 --> 00:13:07,703
Bagus. Nak minum <i>mimosa</i>?

212
00:13:08,829 --> 00:13:10,331
Untuk dua orang?

213
00:13:17,046 --> 00:13:18,214
Sedia, tunduk.

214
00:13:19,673 --> 00:13:23,886
Tujuan saya dan Sensei Lawrence sama
iaitu melatih kamu untuk kejohanan.

215
00:13:23,969 --> 00:13:26,013
Tapi cara kami tak sama.

216
00:13:26,514 --> 00:13:30,017
Kami sedar, mengajar kamu
pendekatan berbeza secara serentak

217
00:13:30,100 --> 00:13:31,268
agak mengelirukan.

218
00:13:31,352 --> 00:13:33,854
Jadi kami dah bincang dan jumpa jalan.

219
00:13:33,938 --> 00:13:35,481
Kami akan bahagikan kamu.

220
00:13:37,107 --> 00:13:38,901
Eagle Fang berlatih di depan.

221
00:13:38,984 --> 00:13:40,986
Dan saya di sini untuk Miyagi-Do.

222
00:13:41,070 --> 00:13:42,780
Kita lebih kuat jika bersatu.

223
00:13:42,863 --> 00:13:45,407
- Kita masih bersatu.
- Cuma berasingan.

224
00:13:45,491 --> 00:13:47,368
Satu di sana, satu di sini.

225
00:13:47,451 --> 00:13:49,370
Baiklah, Eagles, ikut saya.

226
00:13:49,453 --> 00:13:51,247
Miyagi-Do, mari ke sini.

227
00:13:54,208 --> 00:13:55,835
- Jumpa lagi.
- Jumpa lagi.

228
00:13:57,253 --> 00:14:00,381
- Kita jumpa selepas kelas?
- Begitulah nampaknya.

229
00:14:04,134 --> 00:14:04,969
Berbaris!

230
00:14:08,472 --> 00:14:11,767
Hawk, kamu baru dalam Eagle Fang.
Datang ke depan.

231
00:14:11,851 --> 00:14:12,935
Ya, sensei.

232
00:14:17,481 --> 00:14:18,315
Apa ini?

233
00:14:18,399 --> 00:14:21,735
Hari ini kita berlatih membentes Hawk.

234
00:14:22,486 --> 00:14:25,823
Baiklah. Saya tahu saya biadab,
tapi saya minta maaf.

235
00:14:25,906 --> 00:14:27,116
Tak guna cakap saja.

236
00:14:27,950 --> 00:14:28,951
Siapa seterusnya?

237
00:14:29,034 --> 00:14:30,536
Mulut Maung, kamu pula.

238
00:14:39,295 --> 00:14:41,547
Kau perlu ada tukang jaga, sepatutnya.

239
00:14:42,339 --> 00:14:43,799
Aku tak perlu dijaga.

240
00:14:49,555 --> 00:14:52,349
Dahulu larikan diri,
sekarang kau sembunyi.

241
00:14:52,433 --> 00:14:53,517
Aku tak sembunyi.

242
00:14:54,101 --> 00:14:57,271
Cubalah tipu aku.
Aku tak nampak kau berlawan.

243
00:14:57,354 --> 00:14:58,480
Apa yang kau fikir?

244
00:14:58,564 --> 00:15:00,733
Ceroboh rumah keluarga LaRusso,
cederakan Sam

245
00:15:00,816 --> 00:15:02,735
dan semua akan baik-baik saja?

246
00:15:02,818 --> 00:15:04,737
Nasib baik mereka tak panggil polis.

247
00:15:04,820 --> 00:15:06,739
Setidaknya aku tak atas pagar.

248
00:15:06,822 --> 00:15:09,658
Perempuan macam Sam fikir
dunia ini mereka punya.

249
00:15:09,742 --> 00:15:10,951
Yalah, apa tidaknya?

250
00:15:11,744 --> 00:15:15,664
Dia cuma perlu buat muka kasihan
dan minta untuk dapat apa dia nak.

251
00:15:17,124 --> 00:15:20,586
Selepas dia buang kau pun
kau masih dikuasai dia.

252
00:15:20,669 --> 00:15:23,672
- Tak betul.
- Jadi kenapa kau bela dia?

253
00:15:25,758 --> 00:15:27,343
Baguslah kau tak berlatih.

254
00:15:28,093 --> 00:15:31,055
Kalau nak main bertahan,
<i>dojo</i> ini bukan tempat kau.

255
00:15:41,690 --> 00:15:42,691
Jemput makan?

256
00:15:46,570 --> 00:15:48,781
Ini tauhu vegan cucuk.

257
00:15:48,864 --> 00:15:51,951
Memang organik.
Cicah kuah kacang ketumbar.

258
00:15:52,034 --> 00:15:53,118
Sangat sedap.

259
00:15:53,202 --> 00:15:55,829
Tak apa, terima kasih. Saya tak lapar.

260
00:15:57,039 --> 00:16:00,709
Jadi, awak dan Terrance dah lama kenal?

261
00:16:00,793 --> 00:16:01,627
Lima puluh tahun.

262
00:16:01,710 --> 00:16:02,711
Kenal di Vietnam.

263
00:16:03,545 --> 00:16:04,630
Pasukan Khas.

264
00:16:04,713 --> 00:16:07,508
Tapi awak tak pernah beritahu saya
awak tentera.

265
00:16:08,926 --> 00:16:10,552
Tak banyak nak diceritakan.

266
00:16:11,887 --> 00:16:13,305
Betul. Tak banyak.

267
00:16:16,642 --> 00:16:18,727
Ada apa-apa saya boleh bantu?

268
00:16:19,478 --> 00:16:21,730
Rahang awak rahang Habsburg.

269
00:16:22,564 --> 00:16:24,900
Saya tak pernah nampak yang serupa.

270
00:16:29,321 --> 00:16:31,448
Baik kawan-kawan baru kau, Terrance.

271
00:16:32,116 --> 00:16:36,578
Terrance baik hati dan sudi anjurkan
pelancaran aplikasi baru saya.

272
00:16:36,662 --> 00:16:39,373
Kebanyakan universiti di luar Los Angeles

273
00:16:39,456 --> 00:16:40,916
tak ajar keprihatinan diri,

274
00:16:41,000 --> 00:16:42,501
jadi saya dapat idea

275
00:16:42,584 --> 00:16:44,044
untuk buat aplikasi

276
00:16:44,128 --> 00:16:48,716
bagi pelajar di tempat macam Ohio
supaya boleh belajar sendiri.

277
00:16:48,799 --> 00:16:50,968
Saya percaya budak-budak suka.

278
00:16:51,051 --> 00:16:55,139
Saya dan Terrance ada pengalaman
mengajar budak-budak seni bela diri.

279
00:16:55,806 --> 00:16:56,890
Oh, yalah.

280
00:16:56,974 --> 00:17:00,227
Awak pernah cakap tentang pasukan karate.

281
00:17:01,395 --> 00:17:04,231
Apa entah namanya? The Vipers?

282
00:17:06,316 --> 00:17:07,317
Cobra Kai.

283
00:17:07,818 --> 00:17:09,695
Comelnya!

284
00:17:09,778 --> 00:17:12,656
Saya tak tahu
awak pernah lalui fasa berkarate.

285
00:17:12,740 --> 00:17:14,241
Karate bukan fasa.

286
00:17:15,117 --> 00:17:16,410
Ia cara hidup.

287
00:17:17,786 --> 00:17:19,580
Kita mungkin tinggalkan karate

288
00:17:20,998 --> 00:17:22,833
tapi ia tetap mengekori kita.

289
00:17:24,418 --> 00:17:26,795
<i>Kita semua ada kemarahan terpendam.</i>

290
00:17:26,879 --> 00:17:28,714
Tapi saya nak kamu lepaskannya.

291
00:17:29,423 --> 00:17:32,092
Jangan biar emosi menguasai.

292
00:17:33,218 --> 00:17:35,846
Kamu yang patut kuasainya. Okey?

293
00:17:37,473 --> 00:17:39,475
Sekarang, semua tutup mata

294
00:17:40,309 --> 00:17:41,393
dan bertenang.

295
00:17:41,894 --> 00:17:43,729
Jangan merungut. Bangun.

296
00:17:44,480 --> 00:17:45,606
Fokus.

297
00:17:45,689 --> 00:17:47,107
Tutup mata.

298
00:17:48,233 --> 00:17:49,735
Tarik nafas.

299
00:17:51,320 --> 00:17:52,362
Hembus.

300
00:17:52,446 --> 00:17:54,698
Jangan jadi pengecut. Tumbuk muka dia.

301
00:17:55,449 --> 00:17:57,451
Jangan terganggu.

302
00:17:58,786 --> 00:18:00,370
Terus fokus.

303
00:18:00,454 --> 00:18:02,956
Kamu tumbuk buah dia? Kenapa dengan kamu?

304
00:18:04,583 --> 00:18:05,709
Tunggu sekejap.

305
00:18:07,127 --> 00:18:10,047
- Bagus, Gus! Tepat di perut.
- Sensei Lawrence.

306
00:18:10,130 --> 00:18:12,424
- Ya, tuan!
- Boleh cakap sekejap?

307
00:18:14,051 --> 00:18:18,639
Baiklah, kita berehat lima minit.
Jangan sakit lama-lama. Bagus.

308
00:18:21,558 --> 00:18:23,685
Boleh rendahkan suara? Aku pun mengajar.

309
00:18:23,769 --> 00:18:27,106
Rendahkan? Nak aku berbisik?
Karate memang bingit.

310
00:18:27,189 --> 00:18:29,983
Aku tak boleh mengajar kalau kau mencarut.

311
00:18:30,067 --> 00:18:31,110
- Mencarut?
- Ya.

312
00:18:31,193 --> 00:18:32,152
Apa jadahnya?

313
00:18:35,030 --> 00:18:37,366
"Jangan sakit lama-lama?" Aku tahanlah.

314
00:18:52,506 --> 00:18:53,799
Itu dek perlawanan

315
00:18:53,882 --> 00:18:58,011
tempat moyang Tuan Miyagi ajar karate
di tepian air Okinawa.

316
00:19:00,597 --> 00:19:04,226
- Hati-hati.
- Kenapa, kau fikir aku akan pecahkan?

317
00:19:04,309 --> 00:19:07,813
Kau dah rosakkan pintu
dan dah curi pingat Tuan Miyagi.

318
00:19:07,896 --> 00:19:09,565
Kau dah belasah aku.

319
00:19:09,648 --> 00:19:12,151
Aku betul-betul minta maaf.

320
00:19:12,234 --> 00:19:15,404
Kembalilah pada geng Eagle kau.
Kau tak dialu-alukan di sini.

321
00:19:23,745 --> 00:19:25,956
Kita dah agak keadaan akan huru-hara.

322
00:19:26,039 --> 00:19:28,750
- Dengan kau, semua pun huru-hara.
- Apa? Aku?

323
00:19:28,834 --> 00:19:30,919
- Boleh kita bercakap?
- Ada apa?

324
00:19:31,003 --> 00:19:33,422
- Saya terasing di sini.
- Kamu fikir apa?

325
00:19:33,505 --> 00:19:35,883
Kamu pernah buat hal dengan semua orang.

326
00:19:38,635 --> 00:19:40,012
Hei!

327
00:19:42,764 --> 00:19:44,766
- Apa kau dah buat?
- Apa aku buat?

328
00:19:44,850 --> 00:19:46,727
Bukan aku yang asyik tendang dia.

329
00:19:46,810 --> 00:19:49,438
Kita berlatih untuk All Valley
bukan pertandingan yoga.

330
00:19:49,521 --> 00:19:51,732
Jangan hina <i>dojo</i> aku depan murid kau.

331
00:19:51,815 --> 00:19:54,610
Jangan ajar aku cara mengajar.
Suka hati akulah.

332
00:19:54,693 --> 00:19:56,236
- Aku tahu kau buat apa.
- Ya?

333
00:19:56,320 --> 00:19:59,114
Selagi di bawah bumbung aku,
mereka murid kita.

334
00:19:59,198 --> 00:20:01,909
Ya, tahu. Tunggu, bumbung apa?
Kami di luar.

335
00:20:02,743 --> 00:20:04,036
<i>Saya dah cuba.</i>

336
00:20:04,119 --> 00:20:06,914
Persamaan saya dengan LaRusso
hanyalah membenci Kreese.

337
00:20:06,997 --> 00:20:08,916
Saya fikir ia memadai tapi tak.

338
00:20:08,999 --> 00:20:11,793
Tentu ada cara.
Sensei dengan dia perlu bersatu.

339
00:20:12,294 --> 00:20:15,380
Tak mungkin. Kami terlalu berbeza.
Banyak kisah lama.

340
00:20:16,173 --> 00:20:18,884
Lupakan saja.
Kita kalahkan Cobra Kai sendiri.

341
00:20:21,595 --> 00:20:22,638
Ingat <i>Rocky III</i>?

342
00:20:26,433 --> 00:20:27,434
Kenapa?

343
00:20:27,517 --> 00:20:29,478
Cara Rocky kalahkan Clubber Lang?

344
00:20:30,020 --> 00:20:33,774
Dia bersendirian? Tak.
Dia dan Apollo bekerjasama.

345
00:20:34,274 --> 00:20:36,068
Walau ada kisah lama

346
00:20:36,151 --> 00:20:38,403
dan sangat berbeza, mereka berjaya.

347
00:20:38,487 --> 00:20:40,489
Seseorang perlu buka jalan dahulu.

348
00:20:41,448 --> 00:20:42,699
Apollo buat begitu.

349
00:20:45,244 --> 00:20:46,870
Kenapa LaRusso tak ikut Apollo?

350
00:20:47,537 --> 00:20:49,331
Siapa mula dahulu lebih hebat.

351
00:20:52,042 --> 00:20:53,168
Saya akan fikirkan.

352
00:21:04,429 --> 00:21:05,764
Hai. Macam mana?

353
00:21:05,847 --> 00:21:08,850
Saya tak pasti, tapi tengoklah. Awak pula?

354
00:21:08,934 --> 00:21:10,936
Entah ayah nak atau tak.

355
00:21:11,019 --> 00:21:12,980
<i>Kita dah cuba sedaya upaya.</i>

356
00:21:13,063 --> 00:21:16,191
<i>Kalau ini tak dapat satukan dojo kita,</i>
<i>tak tahulah.</i>

357
00:21:16,275 --> 00:21:17,693
Kita kena cuba semua cara…

358
00:21:20,362 --> 00:21:22,030
walau sesukar mana pun.

359
00:21:24,658 --> 00:21:25,909
- <i>Baiklah</i>.
- Okey.

360
00:21:25,993 --> 00:21:27,077
<i>Okey, sayang.</i>

361
00:21:30,122 --> 00:21:30,956
Robby.

362
00:21:41,967 --> 00:21:45,262
Saya ke sini hari-hari
untuk cari awak semasa awak lari.

363
00:21:46,847 --> 00:21:48,098
Apa yang awak nak?

364
00:21:48,682 --> 00:21:52,102
Saya sangat marah pada awak
kerana kejadian di sekolah itu,

365
00:21:53,145 --> 00:21:55,355
tapi saya sentiasa ambil berat pada awak.

366
00:21:55,439 --> 00:21:57,399
Ambil berat pada Miguel juga.

367
00:21:57,983 --> 00:21:58,859
Saya tahu.

368
00:22:00,694 --> 00:22:03,905
Saya sangka ia dah berakhir
tapi ia sebenarnya rumit.

369
00:22:03,989 --> 00:22:07,534
Tiada apa yang rumit.
Ia satu pilihan dan awak pun dah pilih.

370
00:22:08,452 --> 00:22:09,286
Betul,

371
00:22:10,245 --> 00:22:12,748
tapi tak bermakna awak harus buat
pilihan yang salah.

372
00:22:12,831 --> 00:22:16,793
Awak baik. Ayah saya tahu. Ayah awak tahu.

373
00:22:16,877 --> 00:22:18,712
Ayah saya juga ada pilihan.

374
00:22:18,795 --> 00:22:22,632
Dia pilih jadi kaki botol
yang hidupnya masih kucar-kacir.

375
00:22:22,716 --> 00:22:26,553
Sekarang dia nak ganti masa yang hilang
untuk sedapkan hatinya?

376
00:22:27,179 --> 00:22:28,597
Jangan harap.

377
00:22:28,680 --> 00:22:29,598
Tolonglah.

378
00:22:29,681 --> 00:22:31,391
Ayah awak cuba berubah.

379
00:22:31,475 --> 00:22:32,601
Ayah saya juga.

380
00:22:33,435 --> 00:22:34,936
Kalau awak kembali,

381
00:22:35,645 --> 00:22:37,689
awak boleh satukan semua orang.

382
00:22:37,773 --> 00:22:39,149
Itu saja saya minta.

383
00:22:40,359 --> 00:22:43,987
Mungkin saya orang pertama
yang cakap begini pada awak.

384
00:22:45,113 --> 00:22:47,240
Permintaan awak ditolak.

385
00:22:50,285 --> 00:22:51,119
Okey.

386
00:22:52,662 --> 00:22:53,663
Awak perlu ingat,

387
00:22:55,082 --> 00:22:56,375
ini yang awak pilih.

388
00:23:13,809 --> 00:23:15,435
Cantik pemandangan di sini.

389
00:23:16,269 --> 00:23:18,188
Nampaknya kau dapat apa kau nak.

390
00:23:19,856 --> 00:23:21,400
Itukah yang kau nak, John?

391
00:23:22,609 --> 00:23:23,443
Cek?

392
00:23:25,612 --> 00:23:27,739
Ayuh habiskan apa yang kita mulakan.

393
00:23:27,823 --> 00:23:29,491
Habiskan apa yang dimulakan.

394
00:23:30,158 --> 00:23:32,702
Macam yang kita patut buat 35 tahun lalu?

395
00:23:33,453 --> 00:23:34,704
Sebelum kau hilang?

396
00:23:34,788 --> 00:23:36,248
Aku kusut waktu itu.

397
00:23:37,416 --> 00:23:38,583
Aku tak nafikan,

398
00:23:39,543 --> 00:23:40,752
tapi aku dah kembali

399
00:23:41,837 --> 00:23:43,588
dan kau pun boleh.

400
00:23:44,673 --> 00:23:45,674
Cuba kau tengok.

401
00:23:47,801 --> 00:23:49,261
Hidup aku elok saja.

402
00:23:49,344 --> 00:23:50,303
Yakah?

403
00:23:51,096 --> 00:23:53,598
Sebab Terry Silver yang aku kenal

404
00:23:53,682 --> 00:23:56,143
tentu dah terajang budak rabun tadi

405
00:23:56,226 --> 00:23:58,728
sebab cakap Cobra Kai "comel".

406
00:24:02,274 --> 00:24:04,818
Kau ingat sewaktu kita balik dari Vietnam?

407
00:24:08,447 --> 00:24:10,866
Kita merana melihat kawan-kawan terkorban

408
00:24:11,450 --> 00:24:15,620
tapi apabila kita balik,
geng hipi panggil kita pembunuh.

409
00:24:17,622 --> 00:24:20,041
Orang perlu belajar erti hormat

410
00:24:20,125 --> 00:24:21,251
dan disiplin.

411
00:24:22,169 --> 00:24:24,337
Sebab itu kita tubuhkan Cobra Kai.

412
00:24:26,840 --> 00:24:29,468
Besar perubahan yang kita bawa bersama.

413
00:24:29,551 --> 00:24:30,552
Ya.

414
00:24:32,053 --> 00:24:33,722
- Betul.
- Kita boleh ulanginya.

415
00:24:33,805 --> 00:24:38,018
Ada generasi baru di luar sana
yang boleh manfaatkan ilmu kita.

416
00:24:39,811 --> 00:24:42,606
Halangan kita cuma Daniel LaRusso.

417
00:24:43,356 --> 00:24:44,316
Si Danny?

418
00:24:44,399 --> 00:24:47,986
Dia dah bergabung dengan Johnny Lawrence.

419
00:24:48,069 --> 00:24:49,237
Tunggu.

420
00:24:50,572 --> 00:24:54,534
Ayam tambatan kau dan LaRusso bergabung?

421
00:24:54,618 --> 00:24:55,911
Sebab itu aku datang.

422
00:24:55,994 --> 00:24:57,704
Aku perlukan teman.

423
00:24:57,787 --> 00:25:01,166
Satu-satunya orang
yang reti mengajar Cobra Kai

424
00:25:02,000 --> 00:25:03,126
ialah kau.

425
00:25:03,919 --> 00:25:04,920
Apa kata kau?

426
00:25:11,885 --> 00:25:13,094
Aku kata

427
00:25:14,012 --> 00:25:14,846
tidak.

428
00:25:18,350 --> 00:25:19,976
Sewaktu zaman 80-an,

429
00:25:21,269 --> 00:25:22,938
aku fikir aku boleh takluk dunia.

430
00:25:24,105 --> 00:25:25,815
<i>Aku hampir-hampir berjaya.</i>

431
00:25:25,899 --> 00:25:28,527
<i>Aku dirangsang kokain</i>

432
00:25:29,027 --> 00:25:29,945
dan dendam.

433
00:25:32,906 --> 00:25:37,410
<i>Berbulan-bulan aku menggerunkan</i>
<i>seorang budak semata-mata kerana karate.</i>

434
00:25:38,411 --> 00:25:41,164
Bunyinya tak masuk akal.

435
00:25:42,832 --> 00:25:45,085
Selepas kejohanan itu, aku merudum.

436
00:25:46,461 --> 00:25:48,755
Namun, aku bangkit semula.

437
00:25:50,173 --> 00:25:51,550
Aku dapatkan terapi,

438
00:25:52,759 --> 00:25:54,344
dan temui ketenangan jiwa.

439
00:25:56,429 --> 00:25:58,139
Rupa-rupanya, kehilangan kau

440
00:25:58,765 --> 00:26:00,725
adalah perkara terbaik bagi aku.

441
00:26:04,396 --> 00:26:07,023
Orang fikir lelaki pada usia kita

442
00:26:08,066 --> 00:26:09,234
akan berhenti

443
00:26:10,151 --> 00:26:11,653
dan pencen.

444
00:26:13,446 --> 00:26:15,031
Mungkin benar bagi kau…

445
00:26:17,701 --> 00:26:19,786
tapi jiwa aku masih nak berlawan.

446
00:26:23,164 --> 00:26:26,251
Ucapkan terima kasih
kepada Cheyenne untuk tauhu itu.

447
00:26:39,389 --> 00:26:42,434
"Daniel, aku tahu keadaan kita tegang.

448
00:26:42,517 --> 00:26:44,019
Permulaan kita tak elok.

449
00:26:45,520 --> 00:26:48,523
Aku minta maaf mengganggu kelas kau tadi."

450
00:26:50,400 --> 00:26:52,861
Tak, jangan minta maaf. Nampak lemah.

451
00:27:04,539 --> 00:27:05,957
Lewat sangatkah aku datang?

452
00:27:06,958 --> 00:27:08,043
Kau nak apa?

453
00:27:08,126 --> 00:27:12,005
Permulaan kita tak begitu elok.
Aku minta maaf kerana marah kau.

454
00:27:12,797 --> 00:27:14,758
Ya, memang patut kau minta maaf.

455
00:27:18,136 --> 00:27:19,721
Boleh kita bincangkannya?

456
00:27:26,436 --> 00:27:27,270
Ham?

457
00:27:29,564 --> 00:27:32,233
Tak apa, terima kasih.

458
00:27:33,693 --> 00:27:35,111
Suka hati kaulah.

459
00:27:48,833 --> 00:27:50,001
Baiklah, begini…

460
00:27:51,419 --> 00:27:52,629
Aku faham

461
00:27:53,129 --> 00:27:55,757
betapa sukarnya
untuk kau datang ke <i>dojo</i> aku.

462
00:27:55,840 --> 00:27:57,842
Tak dinafikan kita ada masalah

463
00:27:57,926 --> 00:28:01,054
tapi aku rasa kita patut cuba
dan buat sampai berjaya.

464
00:28:01,137 --> 00:28:03,848
Jadi, demi budak-budak itu, aku rasa

465
00:28:05,183 --> 00:28:07,852
ini masanya
kau sertai Miyagi-Do secara rasmi.

466
00:28:08,728 --> 00:28:11,356
Tunggu. Apa dia? Kenapa aku kena sertai?

467
00:28:11,439 --> 00:28:14,901
Semakin teruk kita berkelahi,
semakin susah mereka jadinya.

468
00:28:14,984 --> 00:28:17,529
Kau sertai Miyagi-Do,
kita seiring sejalan.

469
00:28:17,612 --> 00:28:20,824
Kenapa aku?
Kenapa bukan kau sertai Eagle Fang?

470
00:28:20,907 --> 00:28:22,158
Aduhai, Johnny.

471
00:28:22,242 --> 00:28:25,704
Miyagi-Do ada tradisi
yang dah berabad lamanya.

472
00:28:26,204 --> 00:28:28,748
Kau baru ada <i>dojo</i> dalam tiga minggu lepas.

473
00:28:28,832 --> 00:28:31,167
Namanya pun tentu dari poster ini.

474
00:28:31,251 --> 00:28:33,753
Dah lama bertapak
tak bermakna lebih bagus.

475
00:28:33,837 --> 00:28:35,922
<i>Dojo</i> kau tiada tempat berlawan.

476
00:28:36,005 --> 00:28:38,508
Persoalkan <i>dojo</i> aku? Bukan kau kena bayar.

477
00:28:38,591 --> 00:28:40,385
- Balik-balik hal duit.
- Duit?

478
00:28:40,468 --> 00:28:44,180
Aku langsung tak ungkit
kau curi kereta dari kedai aku.

479
00:28:44,264 --> 00:28:46,558
Tolonglah. Kereta buruk saja.

480
00:28:46,641 --> 00:28:48,768
Radio rosak, but bau hancing.

481
00:28:48,852 --> 00:28:51,646
- Kau patut cuba sendiri.
- Apa-apalah. Lupakan.

482
00:28:51,730 --> 00:28:53,106
Entah apa aku fikirkan.

483
00:28:54,232 --> 00:28:55,650
Macam mana nak berhasil?

484
00:29:04,409 --> 00:29:05,368
Takkan berhasil.

485
00:29:08,455 --> 00:29:11,374
Jika dah muktamad,
kita kena beritahu budak-budak.

486
00:29:12,250 --> 00:29:13,251
Beritahu esok.

487
00:29:15,545 --> 00:29:17,297
Lagi cepat, lagi bagus.

488
00:29:35,648 --> 00:29:39,569
Selamat pagi, cik puan.
Saya Miguel, pemandu cik puan pagi ini.

489
00:29:42,614 --> 00:29:45,700
Cik puan perlu bantu saya
hidupkan enjin tanpa kunci.

490
00:29:48,077 --> 00:29:50,538
Wah, ketawa kasihan pun tidak?

491
00:29:52,624 --> 00:29:56,711
Saya bangun tidur, ayah dah keluar.
Dia dan Pak Cik Johnny dah berbaik?

492
00:29:57,629 --> 00:29:59,339
Saya tak nampak dia pagi ini.

493
00:30:02,050 --> 00:30:03,051
Apa cerita, Hawk?

494
00:30:04,302 --> 00:30:05,136
Hawk!

495
00:30:07,222 --> 00:30:08,348
Itu tukul besikah?

496
00:30:12,977 --> 00:30:14,062
Kau tahu

497
00:30:14,771 --> 00:30:16,356
pesta <i>burrito</i> itu?

498
00:30:16,439 --> 00:30:17,899
Aduhai, macam parti…

499
00:30:19,943 --> 00:30:22,695
Tengoklah si benak ini. Kenapa kau datang?

500
00:30:22,779 --> 00:30:25,949
Sensei Kreese belum balik,
jadi ayuh panaskan badan.

501
00:30:26,032 --> 00:30:29,911
Kau bukan ahli pun. Kau fikir kau <i>senpai</i>?

502
00:30:30,620 --> 00:30:33,498
- Berambus.
- Siapa kata kami nak kau?

503
00:30:37,001 --> 00:30:37,877
Pukullah aku.

504
00:30:39,712 --> 00:30:41,005
Sesiapa saja.

505
00:30:43,508 --> 00:30:45,927
Kalau dapat sentuh aku, aku pergi.

506
00:30:46,761 --> 00:30:47,929
Baiklah.

507
00:30:52,725 --> 00:30:53,726
Siapa seterusnya?

508
00:31:38,605 --> 00:31:39,856
Kau tengok sahajakah?

509
00:31:59,125 --> 00:32:00,460
Jangan ambil hati.

510
00:32:09,260 --> 00:32:10,345
Janji tetap janji.

511
00:32:12,305 --> 00:32:13,181
Aku pergi.

512
00:32:15,141 --> 00:32:16,225
Jangan.

513
00:32:18,811 --> 00:32:19,646
Jangan pergi.

514
00:32:24,484 --> 00:32:26,027
KUMPULAN AUTOMOBIL LARUSSO

515
00:32:38,456 --> 00:32:39,624
Jalan lengang tadi?

516
00:32:39,707 --> 00:32:41,334
Apa maksud kau sebenarnya?

517
00:32:42,085 --> 00:32:44,337
Tiada apa-apa, cuma terkejut kau awal.

518
00:32:44,420 --> 00:32:45,713
Kenapa tidak?

519
00:32:47,465 --> 00:32:49,133
Lebih cepat selesai, lebih baik.

520
00:32:49,217 --> 00:32:52,303
Apa-apalah. Jom rancang
apa kita nak beritahu mereka.

521
00:32:55,431 --> 00:32:57,266
Okey, berundur. Ia nak tumbang!

522
00:32:58,685 --> 00:33:00,103
Hei! Kamu buat apa?

523
00:33:03,398 --> 00:33:06,067
Sensei berdua betul. Cakap saja tak guna.

524
00:33:06,150 --> 00:33:08,444
Jadi, saya bina semula hubungan.

525
00:33:08,528 --> 00:33:11,948
Lebih tepat, kami bina
dek lawan ala Okinawa.

526
00:33:12,740 --> 00:33:16,244
Eli mahir bab rekaan.
Saya dah semak dan fiziknya menjadi.

527
00:33:16,327 --> 00:33:18,871
Tuan Miyagi guna tempat ini
untuk simpan barang

528
00:33:18,955 --> 00:33:21,290
tapi ruang akan lebih luas
dengan dek baru.

529
00:33:21,791 --> 00:33:24,919
Kami semua akan bantu
kalau sensei izinkan.

530
00:33:36,723 --> 00:33:37,974
Pada aku, macam okey.

531
00:33:39,851 --> 00:33:40,685
Ya.

532
00:33:41,978 --> 00:33:42,979
Bagus sekali.

533
00:33:51,863 --> 00:33:54,824
<i>Di Miyagi-Do,</i>
<i>musuh sedang bersatu menentang kita.</i>

534
00:33:55,700 --> 00:33:58,703
Mereka fikir dengan bergabung,
mereka ada kelebihan.

535
00:33:59,370 --> 00:34:01,289
Mereka fikir mereka lebih bagus.

536
00:34:02,999 --> 00:34:05,460
<i>Aku tahu sebab dahulu aku bersama mereka.</i>

537
00:34:08,546 --> 00:34:10,381
Hari ini, tidak lagi.

538
00:34:12,133 --> 00:34:13,217
Aku akui,

539
00:34:14,260 --> 00:34:16,471
aku asalnya tak nak sertai Cobra Kai.

540
00:34:18,556 --> 00:34:19,515
Tapi akhirnya,

541
00:34:20,391 --> 00:34:24,312
<i>kita semua perlu cermin diri</i>
<i>dan sedari siapa kita sebenarnya.</i>

542
00:34:24,812 --> 00:34:29,442
Terrance, awak rajinkah untuk ambilkan
Montranchet di bilik bawah tanah?

543
00:34:30,318 --> 00:34:31,152
Tentulah.

544
00:34:33,404 --> 00:34:35,573
<i>Mungkin kita dah beberapa kali kalah</i>

545
00:34:36,407 --> 00:34:38,659
<i>tapi permulaan tak penting.</i>

546
00:34:38,743 --> 00:34:40,411
<i>Yang penting, pengakhiran.</i>

547
00:34:40,495 --> 00:34:42,246
COBRA KAI SELAMANYA

548
00:34:42,330 --> 00:34:45,875
Untuk tewaskan musuh,
kita kena tahu corak permainan mereka.

549
00:34:48,169 --> 00:34:50,713
Jadi, aku akan ajar karate Miyagi-Do

550
00:34:52,298 --> 00:34:55,301
supaya kita boleh kalahkan
karate Miyagi-Do.

551
00:35:00,681 --> 00:35:02,475
Mereka dah panas, sensei.

552
00:35:33,923 --> 00:35:36,259
Terrance, semuanya okey?

553
00:35:36,843 --> 00:35:37,718
Ya.

554
00:35:40,471 --> 00:35:41,305
Saya datang.

555
00:35:54,735 --> 00:35:57,238
{\an8}DALAM KENANGAN

556
00:35:57,321 --> 00:36:01,325
Terjemahan sari kata oleh
Nur Amiratullyana Gazali

